Sabtu, 16 Mei 2015

Sabtu, Mei 16, 2015
Lif Rosak, Usung Jenazah Polis 8 Tingkat : Kerosakan dua lif di kuarters perumahan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya menyebabkan penghuninya terpaksa mengusung jenazah seorang anggota polis menuruni tangga dari tingkat lapan kediaman itu.

Lif Rosak, Usung Jenazah Polis 8 Tingkat

Jenazah anggota polis terbabit, Sarjan Salehhuddin Sha’ari, yang meninggal dunia Selasa lalu diusung beramai-ramai menuruni tangga oleh rakan setugasnya untuk urusan pengebumian.

Kepayahan dialami itu antara masalah yang kerap membelenggu penghuni kuarters 16 tingkat berkenaan berikutan perkhidmatan lif di situ kerap mengalami gangguan teknikal.

Penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, 23, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak sekian lama malah kedua-dua lif itu kerap tidak boleh digunakan serentak.

“Akibatnya penduduk terpaksa menggunakan tangga untuk naik dan turun setiap hari.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/51355?#sthash.ffFK13NR.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.