Khamis, 28 Mei 2015

Khamis, Mei 28, 2015
Maki Polis, Keith Foo Mohon Maaf | “Saya minta maaf secara terbuka mengenai apa yang terjadi. Saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan,” kata pelakon Keith Foo atau nama penuhnya Foo Chuan Chin, 32, berhubung kontroversi menimpanya baru-baru ini.

Menurut pelakon Ariana Rose itu, kejadiannya memaki polis trafik pada Mac lalu hanyalah salah faham.

Maki Polis, Keith Foo Mohon Maaf

Katanya, antara dia dengan polis terbabit pun sudah tiada sengketa dan dia sendiri sudah memohon maaf terhadap polis itu selepas kejadian berkenaan.

“Saya menyesal dan memang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan,” katanya.

Keith Foo DiDenda RM100 Gara-Gara Menghina Anggota Polis

Terdahulu, Keith didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith dan memerintahkan pelakon itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: ‘Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh’ terhadap seorang anggota polis trafik.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/53762


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.