Sabtu, 16 Mei 2015

Sabtu, Mei 16, 2015
MARAH Tidurnya Terganggu, Ibu BUNUH Anak Sendiri : Seorang bayi berusia 2 tahun mati akibat dibunuh oleh ibunya sendiri di kediaman mereka kerana terganggu dengan bunyi bising anaknya itu.

MARAH Tidurnya Terganggu, Ibu BUNUH Anak Sendiri

Jia Liyuan, 26, tergamak membunuh Xiao Yu hanya kerana tidurnya terganggu dengan bunyi bising anaknya mengunyah mainan.

Berang dengan bunyi bising itu, wanita itu bertindak memicit leher mangsa. Mangsa yang takut dan menangis dengan tindakan kejam ibunya itu kemudian ditekan di bahagian leher dengan tangan kanan oleh ibunya berkali-kali sebelum menekap beg plastik ke mukanya agar mangsa lemas.

"Dia terbaring di lantas sambil menangis merenung saya. Saya tak tahu kenapa tetapi saya menekan lehernya dengan tangan kanan beberapa kali.

"Pada ketika itu, saya sangat marah. Kemudian saya mengambil beg plastik dan tekup ke muka dia sebelum saya memeluknya di atas katil seolah-olah dia sedang tidur.

"Wajahnya kemudian bertukar menjadi biru dan sesak nafas," jelas Jia Liyuan kepada mahkamah.

Jia Liyuan hanya tersedar dari tindakannya itu apabila dia dihubungi oleh pusat taman bimbingan kanak-kanak.

Jia Liyuan kemudian memaklumkan kematian anaknya kepada suaminya melalui laman sosial.

Suaminya, Wang, bergegas balik ke rumah dan dia mengambil langkah untuk menyembunyikan kematian anak mereka dengan mengebumikan Xiao Yu.

Bagaimanapun, pasangan terbabit kini didakwa membunuh dan menyembunyikan kematian Xiao Yu. Wang pula didakwa bersubahat dengan isterinya kerana cuba menghapuskan bukti.

MARAH Tidurnya Terganggu, Ibu BUNUH Anak Sendiri

Pemeriksaan doktor ke atas wanita itu tidak menunjukkan Jia mempunyai sebarang masalah mental.

Namun, Jia sendiri mendedahkan bahawa dia tidak suka menjaga mangsa dan kerap kali memukul mangsa dengan penyangkut baju.

sumber
http://newmalaysianpost.com/2015/05/15/kerana-bising-kunyah-mainan-ibu-bunuh-anak/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.