Khamis, 7 Mei 2015

Khamis, Mei 07, 2015
Al Fatihah, Pakcik Ini Meninggal Ketika Di Atas Motornya : Lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia di atas motosikal yang diparkir di bahu jalan di Jalan Ekor Kucing, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU), 8.05 pagi tadi akibat serangan jantung.

Al Fatihah, Pakcik Ini Meninggal Atas Motor

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian disedari seorang lelaki ketika melalui kawasan itu yang kemudian menghubungi polis.

"Anggota polis yang ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia di atas motosikal ditunggangnya.

"Maklumat awal daripada anak mangsa, bapanya mempunyai masalah jantung dan ketika kejadian lelaki itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ekor Kucing, selepas bersarapan di Padang Serai, Kedah," katanya.

Mangsa dipercayai mengalami serangan jantung sebelum berhenti di bahu jalan dan meninggal dunia.

Abdul Rahman berkata, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan fizikal di badan mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

sumber
MyMetro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.