Rabu, 13 Mei 2015

Rabu, Mei 13, 2015
Menteri Muda Sarawak Di Siasat Dakwaan Rasuah, Akaun Bank 4 Juta Di Bekukan | Seorang Menteri Muda Sarawak telah diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Menteri Muda Sarawak Di Siasat Dakwaan Rasuah, Akaun Bank 4 Juta Di Bekukan

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata, siasatan itu berkaitan dengan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitulmal Makmur II bernilai lebih RM250 juta.

“Turut diambil keterangan ialah seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 50-an, yang merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan milik Kerajaan Negeri Sarawak tersebut. Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik Menteri Muda tersebut telah dibekukan,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/menteri-muda-sarawak-disiasat-dakwaan-rasuah-1.389813


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.