Isnin, 4 Mei 2015

Isnin, Mei 04, 2015
Nahas DUKE, Polis Mohon Semua Pihak Hentikan Spekulasi : Pihak polis  meminta semua pihak termasuk media supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai kes kemalangan di Lebuhraya DUKE yang mengakibatkan tiga kematian termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan pada hari Sabtu lalu.

Nahas DUKE, Polis Mohon Semua Pihak Hentikan Spekulasi

Menurut Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, kenyataan yang tidak tepat mengenai insiden itu boleh menjejaskan siasatan polis dalam usaha mendapatkan kebenaran.

Selain itu beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.

"Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya.

Mohd Fuad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun susulan kemalangan maut itu.  

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata kedua-dua individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki melaporkan diri semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987 dan menggesa orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Pada Sabtu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE.

Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari,25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/03/polis-minta-hentikan-spekulasi/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.