Sabtu, 9 Mei 2015

Sabtu, Mei 09, 2015
Nenek Maut Tertusuk Besi Penghadang | Seorang warga emas 61 tahun terbunuh selepas kereta dipandu cucunya berusia 39 tahun merempuh penghadang jalan di Kilometer 83, Sungai Sok Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di Kuala Krai, pagi tadi.

Nenek Maut Tertusuk Besi Penghadang

Dalam kejadian 4.45 pagi itu, Rahimah Mamat, 61, parah selepas penghadang jalan itu menusuk masuk ke dalam kereta.

Mangsa mengembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat di Hospital Kuala Krai (HKK), pada 8.15 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu.

Menurutnya, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan penghadang jalan menusuk masuk ke dalam kereta di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/49762#sthash.SnGRQE7q.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.