Ahad, 17 Mei 2015

Ahad, Mei 17, 2015
Pegawai Trafik Pukul Kepala Wanita Dengan Tukul Hingga Pengsan : Seorang pengawal lalu lintas bertindak di luar batasan apabila memukul  seorang wanita yang merupakan pejalan kaki menggunakan tukul sehingga pengsan.

Pegawai Trafik Pukul Kepala Wanita Dengan Tukul Hingga Pengsan

Lapor portal Metro.co.uk semalam, mangsa yang dipukul di bahagian kepala dikatakan melanggar undang-undang pejalan kaki dengan melintasi lampu merah; menyebabkan pengawal tersebut berang dan memukulnya.

Menurut saksi, mangsa dan pengawal tersebut pada awalnya bertengkar kerana wanita tersebut melanggar isyarat lampu merah.

“Kemuncak pertengkaran berakhir selepas wanita itu dipukul dengan menggunakan tukul besi. Wanita tersebut pengsan selepas itu.

“Pengawal lalu lintas itu menjerit “saya tidak akan benarkan awak berjalan meredah lampu merah!” kepada wanita tersebut sebelum memukulnya,” katanya.

Mangsa tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan oleh orang ramai.

Pengawal lalu lintas tersebut ditahan di tempat kejadian dan kes disiasat oleh pihak berkuasa.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/dipukul-pengawal-trafik-sebab-langgar-lampu-merah-1.391139


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.