Isnin, 11 Mei 2015

Isnin, Mei 11, 2015
Penumpang Mabuk, MH179 Berpatah Balik | Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS- MH179 ) yang dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kerana gangguan yang ditimbulkan seorang penumpang mabuk.

Penumpang Mabuk, MH179 Berpatah Balik

MAS dalam kenyataan hari ini mengesahkan, komander penerbangan membuat keputusan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang lain dalam pesawat berkenaan selepas penumpang yang mabuk itu mula menganggu kru penerbangan MH179 sebaik pesawat berada di udara.

"Oleh kerana saiz badan (penumpang) yang besar, para penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal daripada gangguan penumpang terbabit," menurut kenyataan dari pihak MAS.

Penumpang yang mabuk itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik tiba di KLIA, menurut kenyataan itu.

Pesawat MAS penerbangan MH179 itu kemudian berlepas ke Colombo pada 10.06 pagi, hari ini.

Laman web jejak pesawat 'Flightradar24' dalam Twitternya pada 1.30 pagi tadi memaklumkan bahawa pesawat MH179 berpatah balik selepas dua jam membakar bahan api di perairan Selat Melaka untuk mengurangkan berat pesawat, sebelum mendarat.


sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penumpang-mabuk-paksa-mh179-patah-balik-ke-klia-59644?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.