Khamis, 28 Mei 2015

Khamis, Mei 28, 2015
Penyanyi Rock Bidas Pakar Motivasi Gelar kumpulan Search HANTU | Rata-rata penyanyi rock negara ini membidas kenyataan seorang pakar motivasi dikenali sebagai Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad kerana menyelar kumpulan Search sebagai "hantu" yang dijemput mengadakan persembahan pada Festival Belia Putrajaya pada 24 Mei lalu.

Penyanyi Rock Bidas Pakar Motivasi Gelar kumpulan Search HANTU

Menurut Awie, kenyataan pemuda itu seolah-olah datangnya daripada seseorang yang tidak berakal tanpa memikirkan kesan akibat perbuatannya itu.

Tambah Awie, Muhammad Lukman langsung tidak menghormati vokalis Search, Amy sebagai seorang yang lebih tua daripadanya ketika membuat kenyataan tersebut.

"Pada saya ketika dia membuat kenyataan itu dia tidak sempat berfikir perkataan digunakan dan langsung tidak menghormati Amy sebagai orang yang lebih tua daripadanya.

"Amy sudah berusia 57 tahun dan adakah dia sedar pengalaman Amy mungkin lebih banyak daripadanya?

"Jangan hanya kerana dia menggelar dirinya pakar motivasi dia berhak mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu sehingga terlupa tentang perkara baik dilakukan Search atau penyanyi rock lain," ujarnya.

Jelas Awie, biarpun kenyataan itu tidak ditujukan kepada penyanyi rock lain tetapi sebagai 'orang lama' dalam industri muzik dia mengakui turut terasa.

"Amy saya sudah anggap sebagai abang dan saya lebih mengenali siapa beliau. Bak kata pepatah 'cubit paha kiri, paha kanan terasa' dan sudah tentu saya juga terasa. Saya bersetuju apabila Amy enggan melayan pemuda itu untuk berjumpanya," ujar Awie.

Muhammad Lukman yang juga Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengeluarkan kata-kata cemuhan terhadap Search menerusi status di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Dalam status berkenaan, dia menulis: “Setelah bertahun-tahun negara sambut hari belia negara, belia-belia kita menjadi teruk kerana hantu-hantu macam ini yang menjadi pengisinya".

Ia turut disertakan dengan gambar kumpulan Search yang mengadakan persembahan menerusi program itu.

Bagaimanapun, dia bertindak memadam status berkenaan selepas mendapat kritikan pedas daripada peminat dan mahu berjumpa dengan Amy untuk menohon maaf.

Amy dalam satu kenyataan memberitahu belum bersedia untuk bertemu pemuda itu namun telah memuat naik bait lirik lagunya, Meniti Titian Usang untuk menegur tindakan Muhammad Lukman itu.

Penyanyi Rock Bidas Pakar Motivasi Gelar kumpulan Search HANTU

Penyanyi Rock Bidas Pakar Motivasi Gelar kumpulan Search HANTU

Dalam pada itu, Man Bai pula memberitahu, Muhammad Lukman sebagai pakar motivasi sepatutnya lebih tahu bagaimana untuk menegur tanpa menggunakan perkataan kasar.

Kata Man Bai, dia faham tujuan individu tersebut yang ingin memotivasikan golongan belia namun tersalah langkah dan menjerat dirinya sendiri.

"Saya boleh faham mengapa dia berkata demikian tetapi salahnya adalah penggunaan ayat digunakan adalah kasar.

"Ada cara lain hendak motivasi dan nasihat golongan belia dan apa bezanya dia dengan 'hantu' yang didakwanya itu dengan ayat sedemikian?," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan Muhammad Lukman  itu jelas mengambil kesempatan untuk mendapat perhatian umum dan ia berjaya.

Man Bai berkata, Muhammad Lukman seharusnya berasa bertuah apabila Amy enggan berjumpa dengannya dan memilih mengambil tindakan berdiam diri berhubung isu berkenaan.

"Saya rasa dia pun sedar kenyataannya itu menjerat dirinya sendiri dan Amy boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya tetapi beliau ambil pendekatan berdiam diri dan enggan bertemu lelaki itu," katanya.

Sementara itu, bagi penyanyi Aweera, 24,  biarpun dia adalah penyanyi rock generasi baharu namun dia tetap terkesan dengan kenyataan dibuat Muhammad Lukman terhadap Search.

"Saya sendiri 'panas' kerana apa yang dikatakannya langsung tidak masuk akal tanpa mengetahui dan mengenali Search itu sendiri.

"Alhamdulillah saya berpeluang mengenali Amy dan memandang tinggi kepada keperibadiannya yang sentiasa rendah diri dan tenang," katanya.

Selain menjadi penyanyi rock, Amy juga aktif dengan kerja-kerja amal dan mempunyai sekolah untuk pelajar tahfiz.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/28/rockers-bengang/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.