Isnin, 11 Mei 2015

Isnin, Mei 11, 2015
Penyelia Projek Maut, 4 Wheel Terjun Tali Air Tanpa Di Sedari | Seorang penyelia projek maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terhumban ke dalam tali air di Kilometer 7, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Loji Air Serdang, pagi semalam.

Penyelia Projek Maut, 4 Wheel Terjun Tali Air Tanpa Di Sedari

Mangsa Law Ah Kam, 51, dari Kampung Baru Kalumpang, Kerling, Selangor ditemui mati oleh seorang pengurus ladang di bahagian belakang kenderaan dipandu mangsa, kira-kira jam 9 pagi.

Law dipercayai terbabit dalam kemalangan itu sekitar jam 2 pagi tadi, namun tidak disedari orang ramai berikutan kenderaannya itu terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter.

Nahas dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah Dungun dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh tembok jambatan lalu terhumban ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter.
Ketika kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Bukit Besi sekembalinya dari makan malam di Bandar Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/54042


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.