Sabtu, 2 Mei 2015

Sabtu, Mei 02, 2015
Polis Minta Hentikan Berita Palsu 30 Penunggang Maut Di PD : Polis menafikan berlaku kemalangan sehingga 30 penunggang motosikal maut di Port Dickson, malam tadi.

Polis Minta Hentikan Berita Palsu 30 Penunggang Maut Di PD

Berita palsu itu menjadi ‘viral’ di aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook kononnya berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal yang berkonvoi ke Port Dickson hingga menyebabkan 30 penunggang motosikal maut, 80 parah dan 60 cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha berkata, pengguna laman sosial diminta segera menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan.

"Penyebaran info palsu itu dikhuatiri mengganggu perjalanan pengunjung yang ingin bercuti di sini sekaligus menjejaskan imej Port Dickson," katanya.

Katanya, semua individu perlu memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/47976?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.