Khamis, 21 Mei 2015

Khamis, Mei 21, 2015
Polis Tembak Mati Penjenayah Bahaya : Polis tembak mati lelaki tempatan yang tiga jam sebelum itu menembak mati seorang lelaki di hadapan sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam, di Bukit Mertajam, 5.35 pagi tadi.

Polis Tembak Mati Penjenayah Bahaya

Tiga jam sebelumnya berlaku pergaduhan di antara suspek dan mangsa Cheah Kwong Hoay, 30, di hadapan pusat hiburan Jalan Keranji, Taman Mutiara.

Sejurus selepas itu suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol yang diselit di depan pinggang seluarnya sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah perut, dada dan tangan kiri mangsa.

Polis kemudian memburu suspek dan menemuinya bersembunyi dalam sebuah kontena di depot simpanan minyak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata suspek melepaskan beberapa das tembakan kepada polis yang mengepung lokasi berkenaan sebelum berlaku tembak menembak.

Katanya, suspek kemudian ditembak mati dan hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol jenis Berreta yang digunakan bagi menembak mangsa sebelum itu.

sumber : http://www.hmetro.com.my/node/52529?sthash.EmncJAHF.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.