Rabu, 13 Mei 2015

Rabu, Mei 13, 2015
PUTUS CUPING TELINGA DIGIGIT KEKASIH | Seorang lelaki yang tidak berpuas hati dan bergaduh dengan kekasihnya akhirnya bertindak mengejutkan dengan mengigit separuh daripada telinga teman wanitanya ketika mereka saling bertengkar di tengah jalan raya di wilayah Shandong pada 5 Mei.

PUTUS CUPING TELINGA DIGIGIT KEKASIH

Menurut wanita itu, Chen, bekas kekasihnya bukan sahaja mengigit telinga kirinya hingga putus, malah cuba mengigit telinga kanannya namun gagal apabila giginya terbenam kedalam pipi kanan wanita tersebut.

Awalnya, kedua-dua mereka bertemu untuk menyelesaikan beberapa masaalah diantara mereka.

PUTUS CUPING TELINGA DIGIGIT KEKASIH

Ketika sampai, kekasih wanita itu yang bernama Wu telah meminta Chen untuk masuk kedalam lorinya, namun Chen enggan bimbang dirinya diserang bekas kekasihnya itu.

Chen berkeras untuk bercakap di jalan raya awam. Akibatnya Wu bertindak diluar batas di tempat umum.

Apabila ibu Chen tiba ke tempat kejadian, dia mendapati Wu telah melarikan diri. Akibatnya, ibu Chen melepaskan kemarahannya pada trak Wu, dan memecahkan cermin depan dengan batu.

PUTUS CUPING TELINGA DIGIGIT KEKASIH

Wu hingga kini dilaporkan tidak pernah kembali untuk mendapatkan lorinya dan kejadian itu kini dalam siasatan polis.

Sebelum ini, seorang lelaki Guangzhou berusia 28 tahun hilang cuping telinganya selepas enggan memberikan tempatnya untuk penumpang yang lebih tua ketika berada dalam kereta api bawah tanah.

sumber
http://shanghaiist.com/2015/05/12/man-bites-girlfriends-ear-off-heated-argument.php


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.