Isnin, 25 Mei 2015

Isnin, Mei 25, 2015
Raja Farah Sah Bercerai Talak 1 | Raja Farah Raja Aziz sah bercerai talak satu dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah lapor myMetro.

Raja Farah Sah Bercerai Talak 1

Megat Bashirun Qhuyum, 30, melafazkan talak satu itu pada prosiding tertutup di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Pada prosiding itu, Raja Farah selaku plaintif diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz Roslan manakala Megat Bashirun Qhuyum tidak diwakili peguam.

Raja Farah, 27, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada 5 Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pelakon utama filem Salon ini bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum, 30, pada 12 November 2010 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/53249


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.