Sabtu, 2 Mei 2015

Sabtu, Mei 02, 2015
Ramona Zam Zam Akhiri Zaman Bujang Bersama Jejaka Palestin : Ramona Zam Zam mengakhiri zaman bujangnya setelah hampir dua tahun bercinta dengan jejaka pilihan dari Palestin, Rami Alashkar yang menetap di Malaysia.

Ramona Zam Zam Akhiri Zaman Bujang Bersama Jejaka Palestin

Ramona Zamzam selamat bergelar isteri petang 1 Mei 2014 dengan hanya sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor.

Awalnya, Ramona dan Rami telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis ringkas di lokasi yang sama di mana pernikahan bakal berlangsung.

Untuk makluman, mereka berdua dinikahkan sendiri oleh ayah Ramona iaitu Mohd Zamzam Mohd Ashraff.

Ramona telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki. Ramona juga menerima mas kahwin RM300.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Terima kasih yang sudi hadir ke acara kami.

Ramona Zam Zam Akhiri Zaman Bujang Bersama Jejaka Palestin

 "Oleh kerana adik Rami akan mengadakan majlis kahwin bulan Ogos di Qatar maka kami disyorkan untuk menganjak perancangan itu sebulan selepas itu.

Oleh kerana terlalu lama jarak menanti, kami putuskan untuk bernikah lebih awal dan mempercepatkan apa yang patut," ujar Ramona dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, Ramona dan suami merancang berbulan madu di Bali atau Lombok, Indonesia termasuk ke Eropah.

sumber
http://www.myartis.com/2015/05/ramona-zamzam-selamat-nilah-jejaka.html?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.