Selasa, 5 Mei 2015

Selasa, Mei 05, 2015
Remaja Maut Jatuh Tingkat 6 : Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun meninggal dunia malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star, selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat beli belah, Ahad lalu.

Remaja Maut Jatuh Tingkat 6

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Mohd Nur Hadi Hamdan, yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP) naik ke tingkat enam untuk mengambil gambar bersama kakak dan adiknya sebelum terjatuh ke tingkat dua.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah dirawat di HSB namun disahkan meninggal dunia malam tadi.

Menurutnya, hasil laporan bedah siasat mangsa meninggal dunia kerana kecederaan di beberapa bahagian termasuk kepala.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/48640?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.