Khamis, 14 Mei 2015

Khamis, Mei 14, 2015
Remaja Perempuan MAUT Gara- Gara SELFIE Atas Gerabak Kereta Api | Seorang remaja perempuan dilaporkan maut, melecur selepas tubuhnya tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi semasa cuba ber'selfie' di atas bumbung kereta api.

Remaja Perempuan MAUT Gara- Gara SELFIE Atas Gerabak Kereta Api

Menerusi laporan Metro.UK, Anna Ursu dikatakan pergi ke stesen kereta api di Bandar Romania bersama rakannya untuk berselfie sebelum dimuat naik ke laman Facebooknya.

Difahamkan, semasa bergambar, Anna secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik aktif dengan kakinya semasa berbaring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api.

Menurut pihak berkuasa, wanita itu terbakar serta merta selepas menyentuh kabel elektrik 27,000 voltan manakala rakannya terpelanting akibat impak letupan tersebut.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu Anna. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Namun remaja berusia 18 tahun itu meninggal dunia di hospital berikutan kelecuran yang teruk, manakala keadaan kawan Anna pula dilaporkan semakin pulih.

Menurut saksi, dia cuba untuk menyelamatkan dua gadis itu apabila melihat mereka bermain di atas kereta api itu.

“Saya tahu ia amat berbahaya, saya menjerit tetapi mereka tidak mendengar panggilan saya,” katanya.

Selepas beberapa saat, saksi terdengar satu letupan kuat sebelum melihat Anna terbakar.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-dunia/gadis-maut-terbakar-semasa-berselfie-atas-bumbung-kereta-api-59904
http://www.mirror.co.uk/news/world-news/selfie-mad-teen-dies-after-5684384


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.