Ahad, 24 Mei 2015

Ahad, Mei 24, 2015
Respon Rita Rudaini Mengenai Saman Aidil Zafuan Kepadanya : Rita Rudaini, menganggap tindakan bekas suaminya, Aidil Zafuan membuat laporan polis terhadap dirinya Khamis lalu selepas nombor telefon isterinya tersebar di laman sosial di laman Instagram Rita, sebagai satu sandiwara.

Respon Rita Rudaini Mengenai Saman Aidil Zafuan Kepadanya

"Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya.

"Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya.

"Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa," katanya.

Rita berkata, apabila menyedari perkara memalukan itu, Aidil memberikan alasan mahu menjemput saya ke acara membabitkan keluarganya.

"Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja? Saya tak faham sandiwara apa pula yang cuba kedua mereka lakukan terhadap saya," katanya.

Menurut Rita, Aidil sudah lama tahu isterinya, Zareema Zainal, acap kali mengganggu dirinya.

"Dia sendiri mengaku kepada saya isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi. Rita menegaskan beliau tidak takut dengan apa yang cuba dilakukan Aidil dan isterinya kerana tahu Allah maha mengetahui dan maha adil.

"Jadi saya tak terkejut kalau dia bagi alasan nak jemput itu dan ini kerana nak menutup kesalahan orang termasuk isterinya.

"Dia siap cakap lagi panggilan telefon menerusi WhatsApp itu dibuat sebab nak cakap dengan anak. Sedangkan jam sudah hampir 11 malam. Anak saya sudah tidur waktu sebegitu," katanya.

sumber
Berita Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.