Selasa, 26 Mei 2015

Selasa, Mei 26, 2015
Rizalman Ismail Mengaku TIDAK Bersalah | Rizalman Ismail diplomat Malaysia mengaku tidak bersalah melakukan serangan se-ksual terhadap seorang wanita New Zealand pada Mei tahun lalu, lapor stesen televisyen tempatan, Television New Zealand (TVNZ).

Rizalman Ismail Mengaku TIDAK Bersalah

Pada November 2014, Muhammad Rizalman Ismail, 38, yang merupakan bekas atase tentera turut mengaku tidak bersalah menyerang wanita itu, Tania Billingsley dengan niat mero-golnya di kediaman wanita berkenaan di Wellington.

Kes tersebut mendapat bantahan banyak pihak selepas Rizalman me­ninggalkan negara itu dan kembali ke Malaysia menggunakan imuniti diplomatik ketika polis masih menjalankan siasatan.

Dia kemudiannya kembali ke New Zealand pada Oktober tahun lalu untuk menghadapi perbicaraan.

TVNZ melaporkan Rizalman bakal dibicarakan di hadapan panel juri di Mahkamah Tinggi di Wellington pada akhir tahun ini, manakala kesnya akan didengar pada Ogos depan. – Agensi

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3bCgQE0RK


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.