Ahad, 10 Mei 2015

Ahad, Mei 10, 2015
Ronnie Di Larang Nyanyi Lagu Hyper Act | Bila saja Toi Hyper Act, mengumumkan Ronnie disingkir secara rasmi melalui temuramah dengan radio baru-baru ini, ia langsung tidak mengejutkan pihak media mahupun peminat kumpulan itu.

Ronnie Di Larang Nyanyi Lagu Hyper Act

Pertelingkahan antara anggota Hyper Act dan Ronnie sebenarnya bukan isu baru, perselisihan mereka pernah meletop di media sebelum ini.

Bagaimanapun, bila ditanya kemungkinan Hyper Act bakal berpecah atau Ronnie mahu meninggalkan Hyper Act, masing-masing cuba mengelak mengulas lanjut dengan harapan masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan cara baik.

Namun begitu, nampaknya apa yang diharapkan tidak berlaku apabila berlaku tuduh menuduh. anggota Hyper Act mendakwa Ronnie sering mengadakan persembahan secara solo, sementar Hyper Act dalam diam menggunakan khidmat penyanyi undangan.

Apa yang akan berlaku selepas Ronnie disingkir? Menerusi ke­nyataan diberi, Toi menegaskan, Hyper Act akan menampilkan penyanyi undangan dan Ronnie tidak lagi dibenar menyanyikan lagu kumpulan itu.

Khabarnya Ronnie benar-benar berkecil hati dengan kenyataan itu kerana sebahagian modal menghasilkan album sulung Hyper Act datangnya dari dirinya.

Ronnie Luah Rasa Terkilan Dengan Hyper Act

Jadi....kalau la benar puncanya disebabkan Ronnie kerap menyanyi solo, habis bagaimana pula dengan Toi yang juga sebelum ini turut menerima tawaran mengadakan persembahan secara solo?

Soal bayaran nyanyian yang diserahkan kepada syarikat ditubuhkan Hyper Act, takkan kalau setakat menyanyi bayaran RM500 nak kena bayar jugak. Tak tahu la kalau kumpulan tu benar-benar berkira...

Apapun, kami percaya Ronnie boleh pergi jauh apabila bergerak solo. Sebelum ini pun, Ronnie ba­nyak juga menyanyi tampil duet dengan beberapa artis dan kumpulan popular. Jadi masih ada pilihan lagu untuk dinyanyikan selepas ini. Sementara menanti lagu solo disiarkan dan diputarkan di radio.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/49894?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.