Selasa, 12 Mei 2015

Selasa, Mei 12, 2015
Ronnie Enggan Ulas Penyingkiran Dari Hyper Act | Ronnie Hyper Act [Shahron Hussein] enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi penyingkirannya dari kumpulan itu. 

Ronnie Enggan Ulas Penyingkiran Dari Hyper Act

Ronnie berkata, beliau memilih berdiam diri buat masa ini bagi menghormati keputusan serta hubungannya bersama ahli Hyper Act yang lain. 

"Saya rasa buat masa ini lebih baik saya tidak membuat sebarang kenyataan. Saya menghormati keputusan mereka dan menerimanya dengan redha.

"Lebih baik saya berdiam diri buat masa ini bagi menghormati persahabatan yang pernah terjalin antara kami semua," kata Ronnie.

Selain itu, Ronnie turut berkongsi bahawa beliau kini sedang giat mengamalkan diet sihat dan berbasikal bagi mendapatkan tubuh yang sesuai dengan ketinggiannya. 

Ronnie Enggan Ulas Penyingkiran Dari Hyper Act

"Sudah hampir dua bulan saya tidak mengambil nasi dan menggantikannya dengan makanan lain. Saya cuba meluangkan masa untuk berbasikal sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 

"Saya memilih untuk berdiet kerana kurang senang melihat penampilan sendiri serta sukar mencari baju yang sesuai. 

"Kini saya berjaya mengurangkan lapan kilogram (kg) dari 88 kg dan meletakkan sasaran untuk mendapat berat badan ideal iaitu 75 kilogram," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/54179


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.