Khamis, 28 Mei 2015

Khamis, Mei 28, 2015
Sami Buddha Protes Pelarian Rohingya Balik Semula Ke Myanmar | Ketika masyarakat antarabangsa mengkritik Myanmar kerana diskriminasi ke atas etnik Rohingya, sekumpulan rakyat negara itu mengadakan bantahan terhadap usaha junta menerima balik komuniti tersebut.

Sami Buddha Protes Pelarian Rohingya Balik Semula Ke Myanmar

Stesen milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia pada Rabu melaporkan, kumpulan terdiri daripada rakyat berfahaman tegar dan sami Buddha, mengadakan perhimpunan terbesar di ibu kota lama Myanmar, Yangon.

Mereka berkumpul bagi menyuarakan protes terhadap tekanan pihak luar terutama negara-negara Islam, seperti Malaysia supaya para pelarian Rohingya dihantar kembali ke negara itu dan diserap sebagai warganegara sah.

Kumpulan pelampau itu turut mengadakan perarakan ke sebuah stadium di bandar raya tersebut, sebelum pemimpin mereka memberi ucapan awam yang menggalakkan lebih ramai membantah kewujudan Rohingya.

Mereka juga menyelar usaha badan antarabangsa melaksanakan program penghantaran pulang etnik Muslim tersebut dan menyifatkan minoriti itu pendatang asing tanpa izin itu ke negara yang dulunya disebut Burma.

Para penunjuk perasaan itu menyuarakan bantahan mereka terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak media asing yang melaporkan tentang isu krisis pendatang Rohingya di rantau Asia Tenggara.

Sami Buddha Protes Pelarian Rohingya Balik Semula Ke Myanmar

Mereka mendakwa kononnya kebanyakan pendatang adalah dari Bangladesh dan bukan Myanmar, serta cuba menakluki wilayah Arakan; kini Rakhine, sejak zaman penjajahan British sebelum Perang Dunia Kedua.

Pelampau agama tersebut menambah, junta Myanmar tidak sepatutnya dipaksa untuk menjaga kebajikan etnik Rohingya dengan memberi kad putih sebagai dokumen rasmi pengenalan diri dan hak kewarganegaraan sah.

Kumpulan ribuan sami Buddha ini dengan jubah warna maroon pernah menganjurkan protes sebelum ini dalam pelbagai isu domestik, namun kali ini fokus mereka lebih kepada gerakan anti-Rohingya. – Agensi/H.A.AMREE

sumber
http://mynewshub.cc/2015/05/27/sami-...c016d27e8fb3b9


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.