Rabu, 6 Mei 2015

Rabu, Mei 06, 2015
Saya Sedia Jadi Ibu Segera : “Saya sudah bersedia menjadi ‘ibu segera’ dua beradik itu. Malah, saya sanggup berhenti kerja untuk menjaga serta memberi perhatian kepada Amira dan Aqila,” kata Nur Amirah Syuhaida, 22.

Nur Amirah Syuhaida,

Dia adalah tunang kepada Faiznurr Asyraf Husain, 25, iaitu adik kandung mangsa kemalangan di Lebuhraya DUKE, Fairuz Nizam Husain, 35.

Menurut Nur Amirah, dia sudah mengenali Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 4, dan Nur Firuza Amira, 7, sejak lima tahun lalu, malah tidak pernah berasa kekok menjaga dua beradik itu.

Katanya, dia sudah berbincang dengan tunangnya, Faiznurr serta ahli keluarga lain dan mereka memberi sokongan terhadap hasratnya itu.

“Saya berbesar hati untuk menjaga kedua-dua mereka itu. Saya sedar ini adalah satu tanggungjawab besar, tetapi insya-Allah saya boleh melakukannya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/48880?#sthash.6v8ogISE.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.