Selasa, 12 Mei 2015

Selasa, Mei 12, 2015
Sesat Di Hutan, Wanita Terpaksa Minum Susu Sendiri | Seorang wanita yang sesat di dalam hutan dalam satu acara sukan terpaksa minum susu badannya untuk hidup.

Sesat Di Hutan, Wanita Terpaksa Minum Susu Sendiri

Menurut laporan BBC, Susan O'Brien, 29, mengambil jalan yang salah ketika acara rentas hutan dalam perlumbaan Xterra yang bertempat di dalam hutan Rimutaka.

Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas O' Brien gagal memunculkan diri pada pagi Ahad lepas.

O' Brien yang mempunyai dua orang anak berjaya ditemui dan dibawa keluar menggunakan helikopter pada jam 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

"Saya ingat saya akan mati.

"Saya dalam tempoh menyusukan anak saya jadi saya fikir, ia (meminum susu badan) akan membantu saya terus hidup," jelas O' Brien kepada wartawan.

Beliau yang juga seorang jurulatih kecergasan memberitahu, keadaan sejuk pada waktu malam memaksanya mengorek sebuah lubang dan tidur di dalamnya.

"Saya selimutkan diri saya dengan tanah dan bila saya dengar sesuatu, saya menjerit meminta tolong," akhiri beliau.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/wanita-sesat-hanya-minum-susu-badan-1.388998


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.