Rabu, 13 Mei 2015

Rabu, Mei 13, 2015
Stacy Kini Lebih Berhati-Hati Bicara Soal Peribadi | Stacy kini menjadi lebih berhati-hati bila mahu berbicara perihal kisah peribadinya rentetan kenyataan yang dibuatnya menjadi bualan hangat peminat baru-baru ini. 

Stacy Kini Lebih Berhati-Hati Bicara Soal Peribadi

Stacie sebelum ini berkata mengenai pendedahan penyanyi Akim Ahmad yang mengesahkan mereka sudah menjalin hubungan cinta secara diam-diam sejak tiga tahun lalu. Namun kebelakangan ini kenyataan Stacy itu menimbulkan kontroversi apabila mula dimanipulasi sesetengah pihak termasuk media.

"Saya tidak menyalahkan mereka sepenuhnya kerana faham situasi yang mana mereka mahu menarik minat orang untuk membaca. Tajuk artikel yang panas membuatkan orang salah faham pula. 

"Namun saya bersyukur kerana peminat tidak terus menuding jari kepada saya. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang apabila berbicara mengenai hal peribadi," kata Stacy. 

Gadis kelahiran Sabah itu turut meluahkan rasa gembiranya kerana single terbaharunya berjudul Not For Sale berjaya mendapat tempat di hati peminat.

Malah, beliau kini sedang mempertimbangkan untuk menceburi bidang lakonan. "Saya gembira kerana eksperimen kolaborasi bersama Altimet ini semakin mendapat tempat di hati peminat. Saya turut teruja kerana akhirnya dapat juga untuk bekerjasama dengan rapper berbakat seperti beliau. 

"Selain itu, saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjayakan sebuah telefilem namun semuanya masih berada dalam proses perbincangan. Timbul pula keinginan untuk mencuba bidang lakonan," katanya. 

Stacy juga bakal tampil dengan lagu duet bersama Kumpulan Ungu berjudul Berteman Sepi yang menjalani proses rakaman di Indonesia. Beliau juga sedang mempertimbangkan lagu yang bakal dijadikan single terbaharunya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/54180


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.