Sabtu, 23 Mei 2015

Sabtu, Mei 23, 2015
Suami Isteri Tidur Bawah Jejantas : “Nak buat macam mana, mahu atau tidak, saya terpaksa tebalkan muka tinggal seperti penagih dan menjadi gelandangan di sini,” kata Ahmad Salleh, 58, selepas dia dan isteri, Azizah Salleh, 40, sudah dua bulan menjadikan tembok pembahagi jalan di laluan pusingan U jejambat Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) sebagai tempat tinggal mereka.

Suami Isteri Tidur Bawah Jejanta

Pasangan berkenaan terpaksa tidur berbumbung lantai jejambat dan beralas kotak selepas tidak mempunyai rumah untuk didiami.

Ahmad berkata, dia mencari rezeki dengan menjaga tandas awam di Terminal Bas Penang Sentral, tidak jauh dari situ dan memperoleh gaji harian sekitar RM20.

“Saya dan isteri memang malu apabila tidur di atas pembahagi jalan, namun ini pilihan yang kami ada setakat ini selepas datang ke Pulau Pinang dari Alor Setar dua bulan lalu.

“Kami tiada pilihan dan ini saja tempat selamat untuk kami tinggal walaupun kadangkala dicemuh dan diherdik mereka yang lalu-lalang di sini,” katanya.

Menurutnya, dia datang dari Alor Setar untuk mencari peluang pekerjaan di negeri ini selepas lama menganggur dan walaupun keadaan kurang selesa, mereka berteduh di situ akibat kesempitan wang untuk mencari rumah sewa.

Katanya, mereka pernah mengikat perut dan menahan lapar selama beberapa hari kerana tiada wang untuk membeli makanan.

“Bukan itu saja, jika hujan lebat, kawasan ini dipenuhi air dan kadangkala kami tidur dalam keadaan basah.

“Ramai gelandangan lain tidur di kawasan ini dan kebanyakan mereka bekerja pada waktu siang dan hanya ada di sini pada waktu malam.

“Setakat ini, saya masih belum dihalau pihak berkuasa, cuma Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) datang dan menasihatkan kami supaya berjaga-jaga bimbang disamun penjenayah,” katanya.

Menurutnya, mereka pernah didatangi dan cuba dicederakan lelaki mabuk yang meminta wang, tetapi tidak diganggu lagi selepas dia menghulurkan beberapa ringgit kepadanya.

Katanya, dia lebih bersemangat mencari rezeki kerana perlu menjaga Azizah yang mengalami masalah mental sejak remaja.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/52926?#sthash.Ojjo3cg5.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.