Jumaat, 15 Mei 2015

Jumaat, Mei 15, 2015
Suami KEJAM Belasah Isteri Kerana Tersalah Beli Makanan : Hanya kerana tersalah membeli makanan, seorang wanita diperlakukan dengan kejam apabila dia dibelasah suaminya dengan batang mop di rumah mereka di sebuah flat di Air Itam, Selasa lalu.

Suami KEJAM Belasah Isteri Kerana Tersalah Beli Makanan

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lelaki itu turut dikatakan menyumbat tuala dalam mulut serta mengikat kedua-dua tangan wanita berusia 31 tahun berkenaan hingga mangsa lemah tidak bermaya.

Selepas puas menyeksa isterinya, lelaki itu hanya memberikan mangsa paracetamol dan dalam keadaan lemah wanita terbabit keluar daripada rumah kerana bimbang dipukul semula.

Akibat tak tahan lagi dengan perbuatan kejam suaminya itu, wanita terbabit akhirnya menghubungi Talian Nur.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/51025?#sthash.7GDxqJMw.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.