Selasa, 19 Mei 2015

Selasa, Mei 19, 2015
Suspek Bunuh Rosshida Di Hadapkan Di Mahkamah : Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini atas kesalahan membunuh tunangnya pada 6 Mei lalu.

Suspek Bunuh Rosshida Di Hadapkan Di Mahkamah

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Amal Adil Alias, 26, ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh diwakili peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya B Uma Devi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rosshida Abdullah, 30, pada 6 Mei lalu antara jam 5 pagi hingga 1 petang di bawah Jambatan Cyberjaya menuju ke Sepang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan berkenaan dibuat di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Sebelum ini akhbar melaporkan, mangsa, Rosshida dibunuh dan dicampakkan ke dalam semak di bawah Jambatan Cyberjaya menuju ke Sepang.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/52028?#sthash.q6HYCyZk.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.