Isnin, 11 Mei 2015

Isnin, Mei 11, 2015
Tak Tertahan Sakit, Lelaki Mahu Doktor Potong Kaki nya| “Saya sudah tidak terdaya menanggung sakit dan tidak kisah jika kaki dipotong,” kata Mohd Suhaimi Mohd Hashim yang hidup menderita kerana tumit kaki kanannya berlubang berpunca daripada luka selepas terjatuh tangga pada 2008.

Tak Tertahan Sakit, Lelaki Mahu Doktor Potong Kaki nya

Mohd Suhaimi, 28, berkata, dia berharap doktor melakukan pembedahan segera kerana sudah tidak dapat menahan azab yang sakit teramat sangat..

“Akibat jatuh tangga, saya terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang kerana patah hingga menyebabkan urat saraf cedera dan lumpuh separuh badan.

“Berikutan itu, saya terpaksa duduk di kerusi roda selama setahun sebelum boleh berjalan, tetapi tidak normal seperti orang lain,” katanya yang ditemui pihak media  di Georgetown semalam.

Pekerja syarikat swasta yang berasal dari Kampung Rawa, Jelutong, itu berkata, dia terpaksa berjalan dengan mengheret kaki hingga menyebabkan tumit kanannya pula luka.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/50011#sthash.DtEHOtI7.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.