Jumaat, 8 Mei 2015

Jumaat, Mei 08, 2015
Taliban Dakwa Perdana Menteri Pakistan Sasaran Utama Mereka : Taliban yang mendakwa bertanggungjawab terhadap nahas helikopter tentera yang membunuh enam orang, termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Indonesia, serta duta Norway dan Filipina, pada Jumaat berkata, Perdana Menteri Nawaz Sharif adalah sasaran utama mereka.

Taliban Dakwa Perdana Menteri Pakistan Sasaran Utama Mereka

"Helikopter itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu anti-pesawat, membunuh juruterbang dan ramai duta asing," menurut oleh jurucakap utama mereka Muhammad Khurasani, menerusi kenyataan bahasa Urdu yang dihantar melalui e-mel.

"Sekumpulan khas Tehreek-e-Taliban Pakistan telah menyediakan pelan khas untuk menyasarkan Nawaz Sharif semasa lawatan beliau tetapi beliau terselamat kerana menaiki helikopter yang lain," tambah Khurasani.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dengan segera, tetapi rantau Gilgit-Baltistan di utara Pakistan di mana helikopter terhempas bukan tempat operasi biasa organisasi militan.

Satu kenyataan awal oleh pejabat Sharif berkata, beliau berada di dalam penerbangan, bukan helikopter, untuk perjalanan ke kawasan Gilgit pada masa serangan, tetapi terpaksa berpatah balik ke Islamabad selepas berita mengenai kemalangan itu.

Taliban Dakwa Perdana Menteri Pakistan Sasaran Utama Mereka
Gambar Hiasan
Seorang pegawai atasan pentadbiran serantau memberitahu AFP bahawa Sharif dijadualkan untuk merasmikan satu projek di sebuah resort ski di Lembah Naltar.

Helikopter yang terhempas adalah salah sebuah daripada tiga buah yang membawa delegasi duta untuk memeriksa projek selama tiga hari ke Gilgit-Baltistan, di mana duta-duta asing telah ditetapkan untuk bertemu dengan Sharif.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/05/08/taliban-dakwa-tembak-jatuh-helikopter/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.