Jumaat, 15 Mei 2015

Jumaat, Mei 15, 2015
Telur Goreng Keluarkan Darah Selepas Di Baca Ayat Ruqyah : Seorang lelaki, Mohamad Ridzuan Bin Nasir, 27, mengalami kejutan apabila telur goreng nasi lemak yang baru dibelinya "berdarah" selepas dibacakan ayat ruqyah yang hanya dimainkan menerusi youtube.

Telur Goreng Keluarkan Darah Selepas Di Baca Ayat Ruqyah

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik lelaki itu, jelas kelihatan beberapa tompokan merah pada telur goreng tersebut.

Dibawah status yang dimuatnaik lelaki itu mengenai gambar tersebut:

MasyaAllah... Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah telur berubah bertompok2 merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yg kotor dari memasuki badanku... Subhanallah... Maha suci Allah...

Telur Goreng Keluarkan Darah Selepas Di Baca Ayat Ruqyah

Menurut lelaki itu lagi, ketika awal membuka bungkusan makanan tersebut dia sudah membelek bahagian telur itu dan pada ketika itu tiada pun bintik-bintik darah tersebut.

Kemudiannya dia membuka Youtube dan memainkan bacaan ayat tersebut kerana dia sememangnya gemar mendengar bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran ketika tinggal serumah bersama penulis suatu ketika dahulu.

Dia kemudiannya meninggalkan nasi bungkus yang telah dibuka bersama bacaan itu dan ke dapur untuk membancuh air minuman.

Telur Goreng Keluarkan Darah Selepas Di Baca Ayat Ruqyah

Setelah dia kembali untuk menjamah makanan itu lalu terkejut melihat apa yang sudah berlaku kepada lauk telur yang hendak dimakannya. Bintik-bintik merah seperti darah beku itu muncul rata-rata pada bahagian permukaan.

Bagaimanapun tidak semua percaya akan perkara itu dan ramai juga yang menafikan apa yang terjadi itu kerana bacaan tersebut dan menganggapnya sebagai kicap.

Dia juga telah dihubungi oleh pihak myMetro berhubung perkara ini dan menurutnya, "Saya tidak memaksa sesiapa untuk percaya. Saya hanya berkongsi kejadian yang berlaku supaya orang lain berhati-hati apabila membeli makanan.

"Apa kata cuba beli nasi lemak yang saya beli dan lakukan seperti yang saya buat," katanya.

Dia yang juga terkenal dengan syarikat pembekal Kad Kahwin Murah merasakan sangat bersyukur kerana mungkin telah terhindar daripada pelaris dengan bacaan rukyah.

sumber
http://www.siakapkeli.my/2015/05/masyallah-telur-goreng-keluarkan-darah.html?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.