Khamis, 14 Mei 2015

Khamis, Mei 14, 2015
Tempoh Reman Lelaki Bunuh Tunang Di Cyberjaya Di Lanjut | Tempoh reman seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh tunangnya di Cyberjaya minggu lalu telah dilanjutkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

Tempoh Reman Lelaki Bunuh Tunang Di Cyberjaya Di Lanjut

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Aizatul Akmal Maharani di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, maklumat daripada lelaki berusia 26 tahun itu masih diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum kes tersebut diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Sehingga kini kita percaya motif utama pembunuhan itu adalah cemburu. Kita akan menggunakan peluang tiga hari ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat bagi melengkapkan siasatan.

“Polis juga masih menyiasat siapa sebenarnya menaip surat yang ditemukan bersama mayat mang­sa,” katanya.

Wanita Di Jumpai Mati Di Cyberjaya, Di Bunuh Di Terengganu

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8 pagi de­ngan menaiki trak polis untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman.

Akhbar sebelum ini melaporkan mayat Rosshida Abdullah, 30, ditemukan orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang, 6 Mei lalu.

Turut ditemukan bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai tunang Rosshida di Cyberjaya bagi membantu siasatan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/reman-lelaki-8232-campak-mayat-tunang-disambung-1.91598


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.