Sabtu, 16 Mei 2015

Sabtu, Mei 16, 2015
Tetap TEGUH Meskipun Sering Di Tipu Pelanggan : Meskipun hidup dalam ‘dunia gelap’, sepasang suami isteri cacat penglihatan di Kampung Tanjong Laboh, Batu Pahat tetap tabah berdikari mengusahakan sebuah kedai runcit menggunakan kudrat mereka.

Tetap TEGUH Meskipun Sering Di Tipu Pelanggan

Demi kelangsungan hidup dalam mencari rezeki halal tanpa mengharapkan simpati masyarakat, perniagaan diusahakan Supaat Sukiman, 70, dan Mazanah Daud, 55, sejak lebih sembilan tahun itu masih kekal beroperasi hingga hari ini.

Biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh berikutan masalah penglihatan yang dialami sejak kecil, ia bukan alasan untuk mereka berdua duduk meraih simpati, malah ia menjadi pembakar semangat dalam meneruskan hidup ke arah yang lebih baik.

Menurut Supaat, kedai runcit itu mula dibuka pada 2006 selepas dia memohon Geran Pelancaran sebanyak RM2,500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dilakukan secara kecil-kecilan.

“Sebelum ini pun sebenarnya saya sudah mula belajar berniaga. Cuma apabila sudah berumah tangga dan anak pula semakin besar, terdetik untuk saya mulakan satu perniagaan yang lebih stabil.

Tetap TEGUH Meskipun Sering Di Tipu Pelanggan

“Pada awalnya memang sukar. Mengambil barang pun terraba-raba, namun lama-lama sudah biasa. Alhamdulillah perniagaan kami semakin menampakkan hasil,” katanya.

Menceritakan rutin dia dan isterinya setiap hari, Supaat berkata, kedai mereka mula dibuka seawal jam 7 pagi dan diuruskan bersama isterinya secara bergilir-gilir.

“Ketika isteri memasak, saya jaga kedai dan ada ketika dia berseorangan di kedai sekiranya saya keluar ke kampung sebelah bagi mengambil stok barangan,” katanya.

Menurut Supaat, keputusan untuk memulakan perniagaan itu juga didorongi oleh anaknya-anaknya yang masih belajar.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/51341?#sthash.vLwTEOp5.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.