Rabu, 6 Mei 2015

Rabu, Mei 06, 2015
Video: Polis Belasah Askar Yahudi Cetus Huru-Hara | Satu video menunjukkan seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia dibelasah polis menjadi pencetus utama protes ganas sepanjang minggu lalu.

Polis Belasah Askar Yahudi Cetus Huru-Hara

Menurut CNN, askar tersebut, Koperal Demas Fikadey, 21 sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila beliau ditahan seorang polis.

Berdasarkan rakaman video litar tertutup (CCTV) polis tersebut merampas basikal dan telefon bimbit Fidakey sebelum bertindak ganas.

Seorang lagi polis turut kelihatan menyerbu dan membelasah Fidakey beberapa saat kemudian.

Peristiwa tersebut menyebabkan protes di merata-rata tempat di Israel sebagai langkah mengecam tindakan penindasan terhadap minoriti Ethiopia.

Sebuah protest di Rabin Ahad lepas bertugar ganas apabila penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin kedai dan merosakkan kereta polis.

Seramai 57 pegawai polis cedera manakala 43 penunjuk perasaan ditahan.

Difahamkan, penindasan terhadap minoriti Yahudi Ethiopia oleh polis dan pihak berkuasa telah berlaku selama beberapa tahun di Israel.


Seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia berkulit hitam dibelasah oleh polis Israel.Kejadian itu mencetuskan protes ganas...
Posted by Kezoom on Wednesday, May 6, 2015


sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/polis-belasah-askar-yahudi-cetus-huru-hara-1.387047


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.