Ahad, 31 Mei 2015

Ahad, Mei 31, 2015
[VIDEO] Tindakan BODOH Nazmi Faiz Meludah Terima Padah | Tindakan BODOH Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor Leste mencemari aksi sulung skuad bawah 23 negara (B23) yang sekadar menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan Kumpulan B di Stadium Bishan, malam tadi.

Tindakan BODOH Nazmi Faiz Meludah Terima Padah

Tindakan pemain tengah itu menyaksikan dia dilayang kad merah oleh pengadil pada minit ke-32 sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Malah jurulatih Datuk Ong Kim Swee harus pening kepala menjelang pertemuan penting menentang Vietnam Selasa ini dan Thailand (Khamis) kerana tidak dapat menggunakan khidmatnya yang digantung perlawanan.

Skuad negara bermula baik apabila sudah mendahului lawan menerusi jaringan D Saarvindran pada minit ke-11.

Tindakan BODOH Nazmi Faiz Meludah Terima Padah

Selang empat minit kemudian, Muhammad Syafiq Ahmad sepatutnya sudah menggandakan jaringan skuad negara namun mempersiakan peluang apabila gagal merobek gawang lawan ketika hanya berdepan penjaga gol Timor Leste.

Rentak skuad negara selepas itu terjejas apabila Nazmi diperintah keluar padang yang menyaksikan lawan yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan tampak mampu menyeimbangkan saingan.



Apa yg ko dh buat tu Nazmi...adoi laa....Artikelhttp://kezoom.blogspot.com/2015/05/video-tindakan-bodoh-nazmi-faiz-meludah.html
Posted by Kezoom on Saturday, May 30, 2015


sumber
http://www.bharian.com.my/node/58164


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.