Rabu, 27 Mei 2015

Rabu, Mei 27, 2015
Video Wanita Mengamuk, Tendang Polis Bantuan Di KLIA2 | Video rakaman seorang penumpang wanita mengamuk di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) menjadi viral di media sosial.

Video Wanita Mengamuk, Tendang Polis Bantuan Di KLIA2

Wanita berkenaan dikatakan telah dihalang daripada menaiki pesawat, lalu bertindak agresif terhadap para petugas di Aerobridge lapangan terbang itu.

Rakaman itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada pengguna Facebook.

Segelintir netizen mengecam tindakan para petugas terbabit namun ada juga yang merasakan tindakan itu adalah wajar memandangkan peraturan lapangan terbang yang ketat

Menurut Jabatan Komunikasi AirAsia, kejadian tersebut berlaku pada 18 Mei yang lalu.

Penumpang berkenaan dilaporkan lewat tiba lalu bertindak agresif terhadap staf AirAsia, polis bantuan dan petugas lapangan terbang apabila dihalang menaiki pesawat.



Penumpang rakyat China itu kemudiannya telah diserahkan kepada pihak berkuasa selain laporan polis turut dibuat pada hari yang sama.

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Salah seorang pengguna Facebook, yang juga pramugara syarikat berlainan menerangkan tindakan para petugas menghalang wanita itu sebagai perkara yang betul.

Menurutnya, pintu pesawat telah ditutup dan jika dibuka semula akan memberi kesan kepada pesawat-pesawat lain yang bakal berlepas atau tiba.



Video Wanita Mengamuk, Tendang Polis Bantuan Di KLIA2Artikelhttp://kezoom.blogspot.com/2015/05/video-wanita-mengamuk-tendang-polis.html
Posted by Kezoom on Wednesday, May 27, 2015


sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-penumpang-airasia-mengamuk-di-klia2-tersebar-60911?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.