Selasa, 12 Mei 2015

Selasa, Mei 12, 2015
Walau Di Lihat Bersama, Hans Isaac Minta Tidak Dikaitkan Lagi Dengan Neelofa  | Hans Isaac menegaskan tiada sebarang hubungan yang dijalinkan antara dia dengan aktres Neelofa sejak mereka putus cinta pada awal tahun lalu.

Walau Di Lihat Bersama, Hans Isaac Minta Tidak Dikaitkan Lagi Dengan Neelofa

Kata Hans lagi, dia kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan pada masa sama menghormati diri masing-masing sebagai rakan artis.

"Tentang Lofa (Neelofa), saya tiada komen tentang itu. Saya mempunyai kehidupan sendiri dan begitu juga dia.

"Kami menghormati sesama sendiri sebagai rakan artis dan diharap kenyataan ini dapat menjelaskan persoalan yang timbul",katanya.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu menerusi ruangan pojok melaporkan percintaan Neelofa dan Hans kembali berputik sejak mereka bertemu di program Meletop April lalu ketika mempromosikan pementasan Lawak Ke Der 2015.

Mereka turut dikatakan keluar makan bersama di sebuah restoran dan dilaporkan kelihatan mesra.

Bagaimanapun terdahulu Hans pernah membuat kenyataan dia kini sudah pun memiliki kekasih namun enggan mendedahkan identiti wanitanya berkenaan.

Sementara itu, ditanya adakah teman wanitanya terkesan dengan gosip cintanya dengan Neelofa, kata Hans, ia langsung tidak menjejaskan perhubungan mereka.

"Tidak. Gosip itu tidak memberi kesan pada kami," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/12/hans-no-neelofa/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.