Ahad, 10 Mei 2015

Ahad, Mei 10, 2015
Wanita Di Jumpai Mati Di Cyberjaya, Di Bunuh Di Terengganu : Hasil siasatan telah menjurus kepada penemuan baru yang menunjukkan wanita yang ditemui mati di Cyberjaya mungkin telah dibunuh di Terengganu.

Wanita Di Jumpai Mati Di Cyberjaya, Di Bunuh Di Terengganu

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa Rosshida Abdullah, 30, telah dijerut sehingga mati di Penarik sebelum mayatnya ditinggalkan di Cyberjaya.

Tambah beliau lagi, mangsa yang bekerja sebagai pelayan itu dipercayai telah dibunuh oleh tunang beliau sendiri.

“Pihak polis percaya mereka berdua dalam perjalanan pulang ke Kelantan apabila timbul pertengkaran diantara mereka di Penarik, Setiu.

Suspek mungkin mencemburui tindakan Rosshida yang keluar bersama lelaki lain, sehingga dia bertindak mencekik tunangnya lalu berpayah balik ke Kuala Lumpur” jelas Abdul Rahim.

Rosshida, 30, ditemui mati di bawah jambatan di Cyberjaya lebih kurang jam 5 petang Rabu lalu.

Siasatan awal mengatakan beliau membunuh diri setelah sekeping nota dijumpai bersama mangsa.

Wanita Di Jumpai Mati Di Cyberjaya, Di Bunuh Di Terengganu

Nota yang dicetak itu dibuat bagi menunjukkan mangsa kononnya berada dalam kesempitan wang dan berasa malu untuk memberitahu tunangnya.

Walaubagaimanapun, Tim. Ketua Polis, Abdul Rahim berkata, nota berkenaan dipercayai telah ditulis sendiri oleh tunangnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya berpendapat tindakan Rosshida sebagai membunuh diri.

“Mangsa diselimuti, ia kelihatan seperti dia sedang tidur di jalan ke Cyberjaya,” ujarnya lagi.

Suspek seorang ahli perniagaan IT berumur 26 tahun telah ditahan pada malam Khamis lalu dikatakan mempunyai hubungan kepada kes bunuh tersebut.

Rosshida, yang bekerja di Shah Alam sepatutnya mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dari Kuala Lumpur pada Isnin untuk menziarahi ibu beliau Salemah Hamid, namun beliau gagal berbuat demikian.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Saspek direman sehingga 14 Mei untuk membantu siasatan.

sumber


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.