Jumaat, 15 Mei 2015

Jumaat, Mei 15, 2015
Wanita Maut Terjun Tingkat 5 Hospital Kuantan : Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas terjun dari tingkat lima bangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan, pagi tadi.

Wanita Maut Terjun Tingkat 5 Hospital Kuantan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi dan wanita itu dikenal pasti sebagai Ng May Jean yang berasal dari Taman Alfa.

Katanya, mangsa meninggal dunia selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Kejadian disedari orang ramai yang berada di kawasan hospital itu yang melihat wanita berkenaan tiba-tiba terjun dari tingkat lima sebelum jatuh di atas bumbung di tingkat satu.

Wanita Maut Terjun Tingkat 5 Hospital Kuantan

"Pengawal keselamatan dan pegawai perubatan segera menghulurkan bantuan dengan membawanya ke ICU.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi akibat parah di kepala dan anggota badan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/51165?#sthash.yw9mfa05.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.