Sabtu, 9 Mei 2015

Sabtu, Mei 09, 2015
Warga Emas Di Hentak TV Oleh Anak Sendiri Akhirnya Meninggal Dunia | Terdahulu kami pernah menyiarkan artikel tentang perbuatan kejam seorang anak yang menghentak bapanya sendiri menggunakan TV dan meja.

Warga Emas Di Hentak TV Oleh Anak Sendiri Akhirnya Meninggal Dunia

Warga emas tersebut yang parah selepas kepalanya dihentak televisyen plasma dan meja kecil oleh anak lelakinya 3 Mei lalu akhirnya  meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa, Tahar Mohammad, 73, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Katanya, polis sudah menahan suspek yang berusia 40 tahun pada hari kejadian dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Anak DERHAKA Hentak Kepala Bapa Dengan TV & Meja

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan penuh termasuk meneliti rekod kesihatan suspek yang dikatakan pernah mendapat rawatan sakit mental di Hospital Hulu Terengganu beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian 6.30 pagi di Kampung Losong Datuk Amar, di sini, mangsa yang tinggal bersama suspek dikatakan duduk di sofa menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum dihampiri suspek yang mengamuk dan mengangkat televisyen berkenaan lalu menghentak kepala bapanya.

Warga Emas Di Hentak TV Oleh Anak Sendiri Akhirnya Meninggal Dunia

Berikutan kejadian itu, mangsa parah di kepala dan dibawa ke HSNZ untuk dirawat.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/49582#sthash.eyW2wt2b.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.