Sabtu, 20 Jun 2015

Sabtu, Jun 20, 2015
8 Suspek Sah Perampas Kapal Orkim Harmony | Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan lapan lelaki warga Indonesia yang ditahan pihak berkuasa Vietnam, di kepulauan Tho Chu, kelmarin adalah perompak kapal MT Orkim Harmony.

8 Suspek Sah Perampas Kapal Orkim Harmony

Panglima Wilayah Laut 1 TLDM, Laksamana Muda Datuk Azhari Abd Rashid berkata, pengesahan itu diperoleh selepas pengecaman melalui gambar suspek dibuat anak kapal yang ditembak.

"Ketika ini lapan suspek itu ditahan pihak berkuasa Vietnam dan TLDM tidak menolak kemungkinan mereka akan dihantar ke Malaysia bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang media di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM, diKuantan, pagi tadi.

Difahamkan suspek berusia lingkungan umur 30-an hingga 40-an dan semasa ditahan suspek turut mengubah suai bot penyelamat dengan mengecat beberapa bahagian bot bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Azhari berkata, siasatan kini dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana membabitkan kes jenayah.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/58919#sthash.ytfteVhU.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.