Jumaat, 26 Jun 2015

Jumaat, Jun 26, 2015
Adira Akui Telah Putus Tunang, Nafi Elizabeth Tan Jadi Punca | Agak lama juga menanti Adira membuka mulut mengenai kisah putus tunangnya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin. Lamanya berita putus tunang ini kedengaran tetapi Adira memilih untuk berdiam diri.

Adira Akui Telah Putus Tunang, Nafi Elizabeth Tan Jadi Punca

Namun, di saat ini bertebaran pula kisah yang mengaitkan penyanyi tinggi lampai lagu Knock Knock, Elizabeth Tan yang dikaitkan dalam kisah putus tunang Adira dan Shahrul.

Bagaimanapun, Elizabeth sudah menjelaskan mengenai perkara sebenar dan pantas bertindak untuk menjelaskan perkara sebenar yang dia tidak tahu permainan apa yang cuba diatur Shahrul.

Terpanggil dengan perkara berbangkit itu, Adira bersedia memberikan penjelasan sebenar yang dia dan Shahrul sudah tidak lagi bergelar pasangan tunang.

Impian untuk Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan ini ke gerbang perkahwinan seperti yang dihebahkan sebelum ini pada September depan nampaknya hanya tinggal kenangan.

Adira yang berasal dari Sabah akhirnya merungkaikan persoalan yang ditunggu-tunggu selama ini. "Kami sudah putus tunang sekitar kira Mei lalu. Punca sebenarnya tiada kaitan dengan sesiapapun termasuklah penyanyi Elizabeth Tan.

Elizabeth Tan Nafi Jadi Punca Utama Adira Putus Tunang

"Puncanya biarlah saya dan dia (bekas tunang) saja yang tahu, tak perlulah untuk saya nyatakan satu persatu. Saya terima ini sebagai takdir dan ketentuan yang sudah tertulis.

"Saya memang serius dalam hubungan ini cuma belum ada rezeki saya untuk hidup bahagia berumah tangga.

"Biarpun kami sudah tiada apa ikatan, saya tak pernah simpan dendam sekelumit pun di dalam hati. Saya sudah 'move on'. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi.

"Saya doakan yang terbaik untuk dia. Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada ibu bapanya jika ada khilaf tingkah dan kata daripada diri yang kecil ini. Keluarganya melayan baik saya selama ini.

Saya harap keluarganya halalkan makan minum saya. Terima kasih atas segala-galanya," kata Adira.

Mengenai Elizabeth Tan, Adira berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang mensabitkan Elizabeth sebagai punca perpisahan mereka.

"Saya ada menghubunginya dan berborak. Saya ambil tindakan ini supaya dia tidak rasa dirinya bersalah.

"Kami berkawan dan jauh sekali bermusuh. Saya sendiri tak suka golongan wanita seperti kami diperkotak-katikkan oleh insan bernama lelaki," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/63805


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.