Sabtu, 6 Jun 2015

Sabtu, Jun 06, 2015
Air Di Poring Hot Springs Bertukar Hitam Selepas Gempa Bumi Di Sabah | Air di Poring Hot Springs berhampiran kawasan yang dilanda gempa bumi 6.1 magnitud pada 7.17 pagi Jumaat telah bertukar kepada warna hitam.

Air Di Poring Hot Springs Bertukar Hitam Selepas Gempa Bumi Di Sabah

Pejabat Poring Hot Springs mengesahkan bahawa air di situ telah berubah warna.

"Ya, airnya berwarna hitam. Tetapi kita tidak tahu mengapa," kata seorang pekerja.

Gambar air berwarna gelap itu telah tersebar di media sosial, mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk.

Sembilan Lagi Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu

Aktivis Hak Orang Asal Adrian Lasimbang menyiarkan gambar itu di Twitter dengan berkata: "Air di Poring Hot Springs menjadi hitam selepas gempa bumi 6.0 magnitud. Ada yang menggodak di bawahnya."

Beberapa orang memberi komen ia dengan mengaitkan air yang gelap dengan pencairan tanah - satu fenomena di mana tanah kehilangan kekuatan dan kekakuan selepas gempa bumi, menyebabkan ia bertindak seperti cecair.

Walau bagaimanapun, panggilan pakar tidak dapat mengesahkan mengapa perubahan itu berlaku.

Poring Hot Springs terletak sekitar 35km dari pusat gempa bumi yang berhampiran Ranau.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/05/air-bertukar-hitam/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.