Jumaat, 19 Jun 2015

Jumaat, Jun 19, 2015
Aktress Korea Selatan Mati Kerana Skydive : Pelakon dan model Korea Selatan, Jung In Ah, 38, mati akibat kemalangan akibat cuaca buruk ketika aktiviti payung terjun pada 13 Jun lalu, dan mayatnya hanya ditemui tiga hari kemudian.

Aktress Korea Selatan Mati Kerana Skydive

Menurut laporan media Korea hari ini, Jun melakukan terjunan di daerah Goheung di selatan negara itu dan mayatnya ditemui Selasa lalu, tiga hari selepas dilaporkan hilang, terapung dalam laut masih bersama payung terjunnya,

Media negara itu melaporkan, dia berlatih payung terjun sejak setahun lalu, sebagai persiapan untuk satu filem.

Jung atau nama sebenarnya Jung Hye Young ialah lulusan Universiti Kebangsaan Seoul, muncul dalam drama MBC pada 2008, The Secret Of Keu Keu Island mengisahkan sekumpulan rakan terkandas di pulau terpencil selama 180 hari. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/58642#sthash.1YGRlOgE.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.