Khamis, 11 Jun 2015

Khamis, Jun 11, 2015
Bapa Bunuh 3 Anaknya, Tak Sanggup Hidup Sara Hidup Mereka | Seorang bapa menjerut hingga mati tiga anak perempuannya kerana ‘tidak mahu membazirkan wang untuk pendidikan mereka.’

Bapa Bunuh 3 Anaknya, Tak Sanggup Hidup Sara Hidup Mereka

Irshad Ahmed membunuh ketiga-tiga anaknya, kembar Chashman dan Aman yang berusia tujuh tahun serta adik mereka, Fiza, 5, Ahad lalu. selepas menyuruh isterinya Shabana Naz menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka bersama satu-satunya anak lelaki mereka.

Shabana bagaimanapun, membawa anak perempuan bongsu mereka yang berusia dua tahun.

Apabila pulang ke rumahnya di bandar Chak Jumra, 135 kilometer ke barat daya Lahore, dia menemui mayat ketiga-tiga anak perempuannya terlantar di atas katil.

Ketika disoal siasat polis, wanita itu berkata suaminya sering merungut dengan berkata, anak perempuan mereka akan menyebabkan keluarganya mati kebulur.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/57057#sthash.dDw09YVM.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.