Isnin, 29 Jun 2015

Isnin, Jun 29, 2015
Bapa & Ibu Tiri Dera Anak Lari Ke Thailand Elak Di Cekup | Pasangan suami isteri yang mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun kini giat diburu oleh pihak polis bagi membantu siasatan.


Bagaimanapun, pasangan muda yang masing-masing berusia 40 dan 25 tahun itu dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran, Thailand, selepas kejadian itu dan bersembunyi di sana.

Pihak polis juga telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangkap dua suspek berkenaan secepat mungkin.

Berdasarkan kecederaan mangsa yang sangat serius, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak .




Mangsa, Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin, 5 tahun, ditemui dengan keadaan badannya yang terdapat kesan kecederaan lama dan baru termasuk parut hampir seluruh badan.

Mangsa juga dikatakan tidak diberi makan menyebabkan badannya susut dan dipercayai telah didera selama 3 atau 4 bulan.

Pada 25 Jun lalu, seorang ibu telah membuat laporan polis mengatakan anaknya yang dijaga oleh ibu tiri serta bekas suaminya mengalami kesan kecederaan lama dan baru, kesan parut, badan kurus dan berada dalam keadaan lemah.

Kanak-kanak malang itu dijaga oleh ibu tirinya yang berusia 25 tahun selepas ibu kandung kanak-kanak berkenaan berpisah dengan bapanya sejak tahun 2013.

Bapa & Ibu Tiri Dera Anak Lari Ke Thailand Elak Di Cekup
FB ibu tiri, suspek utama dera budak 5 tahun

Keadaan mangsa masih lemah namun dilaporkan stabil. Sehingga kini, mangsa masih enggan bercakap kerana masih lagi trauma.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kelantan-buru-pasangan-susulan-kes-dera-kanak-kanak-5-tahun-64043


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.