Selasa, 30 Jun 2015

Selasa, Jun 30, 2015
Berlegar-Legar Di Udara, Helikopter Zahid Tak Rosak | Helikopter yang dinaiki Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa berlegar-legar di Pulau Sebatik, Kalimantan semalam, tidak menghadapi masalah seperti dilaporkan oleh akhbar harian Indonesia, Kompas.


Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebaliknya berkata, helikopter itu tidak mendarat dilokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.

"Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.

"Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya ke Pulau Nyamuk," katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu, hari ini.

Fadzlette berkata, ketika kejadian, Ahmad Zahid dalam lawatan kerja untuk meninjau semua balai polis di pedalaman Sabah.

Semalam, Kompas melaporkan helikopter berkenaan kelihatan menghadapi kesukaran mendarat dan menarik perhatian anggota Tentera Nasional Indonesia
(TNI) yang bersiap sedia memberi bantuan. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/helikopter-dinaiki-zahid-tidak-rosak-1.406037


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.