Sabtu, 27 Jun 2015

Sabtu, Jun 27, 2015
Budak 5 Tahun Cedera Teruk Di Dera Ibu Tiri | Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota badan, dipercayai didera ibu tirinya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.

Budak 5 Tahun Cedera Teruk Di Dera Ibu Tiri

Kejadian itu hanya disedari ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 28, pada Khamis lalu, selepas mengambil anaknya di rumah bekas suaminya, sejurus dihubungi ibu tiri mangsa yang meminta mengambil kanak-kanak terbabit kerana tidak mampu menjaganya.

Difahamkan, kanak-kanak itu dijaga oleh bapa kandungnya selepas ibu bapa mangsa bercerai sejak tahun 2013.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak bermaya selain dipenuhi kesan parut di tubuh badan, termasuk parut lama. Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya didera.

Hancur Hati Saya, Saya Sendiri Tak Cam Anak Selepas Di Dera - Ibu Mangsa 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes terbabit disiasat 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis sudah mengambil keterangan ibu kandung mangsa.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/63972


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.