Sabtu, 27 Jun 2015

Sabtu, Jun 27, 2015
Cicak Kepala Dua | Seorang lelaki terkejut selepas cicak jenis beaded dragon peliharaannya menetaskan telur mengandungi anak berkepala dua, dipercayai antara empat seumpamanya di seluruh dunia.

Cicak Kepala Dua

Stephen Evans, 34, yang membela cicak spesies itu sejak 17 tahun lalu berkata, dia pada mulanya menyangka dua anak cicak menetas dari satu telur sebelum menyedari ia sebenarnya satu haiwan dengan dua kepala.

“Malam sebelumnya, saya melihat di dalam alat pengeram dan memang melihat dua kepala. Saya mengandaikannya kembar tetapi ia sebenarnya kembar siam.

“Keluarga dan rakan terkejut dan berkongsi gambar itu di laman sosial. Esok (hari ini) hari jadi saya dan mungkin ini hadiah untuk saya. Malah saya membeli tiket loteri kerana nampaknya saya bertuah,” katanya.

Evans dan isterinya Jodie membela hampir 50 cicak dengan memberi tumpuan kepada jenis ‘bearded dragon’ atau nama saintifiknya ‘pogona’ yang mempunyai warna serta corak badan pelik dikenali sebagai ‘morph.’

Cicak yang baru menetas itu dipercayai cuma yang keempat seumpamanya di dunia dan dinamakan Olaf oleh anaknya berdasarkan watak orang salji dalam filem animasi Frozen.

“Saya membuat pencarian di Internet dan hanya menemui tiga atau empat cicak berkepala dua.

“Memang ia sesuatu yang unik dan tidak mungkin anak lain yang menetas juga akan mempunyai dua kepala seperti ini.

“Olaf nampak kuat dan sihat, malah menetas sendiri tanpa bantuan. Ini satu lagi petanda baik,” katanya. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/60522#sthash.sM9dsJtt.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.